Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Rahsia Penjimatan Setiap Kali Anda Berbelanja di Bob Rock Clothing, Butik Pakaian "Plus Size" Lelaki Paling Ohsem di Malaysia.

Rahsia Penjimatan Setiap Kali Anda Berbelanja di Bob Rock Clothing, Butik Pakaian "Plus Size" Lelaki Paling Ohsem di Malaysia.

Rahsia Penjimatan Setiap Kali Anda Berbelanja di Bob Rock Clothing, Butik Pakaian "Plus Size" Lelaki Paling Ohsem di Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Penjimatan… Satu topik yang memberikan reaksi yang berbeza pada setiap individu. Semua orang suka bila dapat berjimat apabila berbelanja. Perkataan seperti diskaun dan potongan harga sememangnya telah wujud sejak sekian lama. 

Walau bagaimanapun, kali ini kita akan bercakap tentang program “Rock Points” yang ditawarkan oleh BRC. Kepada anda yang tidak tahu apa maksud akronim BRC, ia adalah singkatan untuk Bob Rock Clothing – Butik pakaian saiz besar lelaki #1 di Malaysia. 

Kita sememangnya akan teruja sekiranya setiap kali shopping kita dapat mengumpulkan mata ganjaran. 

Lebih teruja bila mata ganjaran yang dikumpul telah cukup untuk kita tebus item dan baucer yang ditawarkan.

Menarik kan? 

Sempena ulang tahun ke 10 Bob Rock Clothing, BRC butik pakaian plus size atau over size menawarkan 3 jenis item edisi terhad (limited edition merchandise) yang boleh ditebus dengan mata ganjaran terkumpul hasil daripada pembelian semua jenis produk di Bob Rock Clothing samada di kedai fizikal atau di website.

BRC Limited Edition Merchandise

Bagaimana Hendak Mengumpul dan Menebus Mata Ganjaran (How Redeem Rock Points and Merchandise)?

Korang hanya perlu buat lima (5) langkah ringkas untuk mengumpul dan menebus mata ganjaran daripada Bob Rock Clothing, BRC.

Simple kan?

Langkah 1: Masuk ke website https://www.bobrock.com.my/ dan tekan simbol seperti gambar di bawah ye.BRC Rock Point Redemption Step 1

Langkah 2: Tekan butang Join untuk mendaftar.
BRC Rock Point Redemption Step 2
Langkah 3: Cipta akaun dengan memasukkan empat (4) maklumat sahaja iaitu nama (awal dan akhir), email dan password.
BRC Rock Point Redemption Step 3
Langkah 4: Daftar masuk dan terus ada 300 mata ganjaran di dalam akaun korang secara automatik.
BRC Rock Point Redemption Step 4

Langkah 5: Boleh mula kumpul mata ganjaran, semak mata ganjaran yang boleh ditebus, rewards dan baki mata ganjaran.BRC Rock Point Redemption Step 5

Jom kita mendaftar ramai-ramai.

Bagi korang yang sebelum ini pernah mendaftar akaun ahli di website Bob Rock, boleh terus guna akaun yang sama tanpa perlu mendaftar akaun baru ye.

Bagi mereka yang belum pernah mendaftar sebagai ahli, jangan lupa mendaftar di https://www.bobrock.com.my/account/register 

Di Mana Boleh Tebus Mata Ganjaran?

Ada dua (2) cara mudah untuk tebus mata ganjaran Bob Rock Clothing, BRC iaitu samada di: 

  1. kedai di Plaza Shah Alam; atau 
  1. website Bob Rock Clothing, BRC. 

Jenis Ganjaran Yang Boleh Ditebus

Untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di kedai atau website Bob Rock Clothing, BRC, korang akan mendapat 6 mata ganjaran.

RM 1 = 6 mata ganjaran

Setakat ini, Bob Rock Clothing, BRC menawarkan 3 item edisi terhad dan diskaun voucher tunai untuk ditebus berdasarkan mata ganjaran terkumpul.

BRC Merchandise

1. Diskaun voucher tunai. RM5 diskaun voucher tunai = 3,000 mata ganjaran.
 
2. Mug. 1 mug = 6,000 mata ganjaran
BRC Merchandise Exclusive Mug
3. Flask (hitam atau merah). 1 flask = 9,000 mata ganjaran.
BRC Merchandise Exclusive Flask
4. Payung. 1 payung = 12,000 mata ganjaran.
BRC Merchandise Exclusive Umbrella

Menarik ke tidak menarik?

Suka konsep membeli sambil mengumpul mata ganjaran ni.

Boleh tengok video di sini juga ye

 

 

Apa Ada Di Bob Rock Clothing, BRC? 

Apa yang kita boleh shopping di Bob Rock Clothing, BRC ni?

Macam-macam ada ye.

Bob Rock Clothing, BRC merupakan butik yang menjual pakaian saiz besar yang bersesuaian dengan potongan badan orang Asia bagi memenuhi permintaan dan keperluan mereka yang bersaiz besar dengan ketinggian orang Asia.

Butik pakaian saiz besar lelaki paling ohsem di Malaysia!’ ini menawarkan pakaian bersaiz besar bermula daripada saiz XL hingga 6XL.

Pelbagai jenis pilihan pakaian bersaiz besar termasuk pakaian harian termasuk seluar, kemeja dan tshirt, pakaian pejabat, pakaian tradisional seperti Baju Melayu, kurta, pakaian santai, pakaian untuk riadah dan lain-lain terdapat di sini.

Bob Rock Clothing mengalu-alukan kedatangan semua ke kedai mereka di

 

Lot F-15, Aras 1,

PLAZA SHAH ALAM,

Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E

Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

Operasi kedai: 10 pagi hingga 10 malam

Khidmat Pelanggan: 011-10091302

Waze/Google: Bob Rock

 

Jom kita shopping sambil mengumpul mata ganjaran.

By Bidasari Bahashim

Bob Rock Media

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Bob Rock @ TV1 Buletin Perdana | 22 Jun 2020 - Usaha memperkasakan usahawan Bumiputera
Media

Bob Rock @ TV1 Buletin Perdana | 22 Jun 2020 - Usaha memperkasakan usahawan Bumiputera

Sesi temuramah TV1 Buletin Perdana (Sektor Ekonomi) bersama Pengurus BOB ROCK disiarkan pada 22 Jun 2020, 8.30malam. Bob Rock LoveLily merupakan satu jenama pakaian saiz besar khusus untuk lelaki &...

Read more
6 Tips Bergaya Untuk Mereka Yang Plus Size!
Fashion Tips

6 Tips Bergaya Untuk Mereka Yang Plus Size!

6 Tips Bergaya Untuk Mereka Yang Plus Size! Memiliki badan plus size (berbadan besar) bukanlah halangan untuk kita bergaya. Bahkan jika kena dengan gaya, biarpun berbadan plus size tetap ada aura d...

Read more