Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Oxford Cotton - Fabrik Pilihan Mereka Yang Berbadan Besar

Oxford Cotton - Fabrik Pilihan Mereka Yang Berbadan Besar
Fashion Tips

Oxford Cotton - Fabrik Pilihan Mereka Yang Berbadan Besar

Pertamanya, apakah fabrik 'Oxford Cotton'?

Secara umumnya 'Oxford Cotton' adalah fabrik yang diperbuat daripada proses penyilangan dua benang kapas hingga membentuk jalinan menyerupai pixel seperti dalam sebuah gambar. Menarikkan?

Pasti abam & sis perasan tak fabrik 'Oxford Cotton' menjadi antara fabrik pilihan utama kami untuk membuat pakaian-pakaian saiz besar berjenama Bob Rock Clothing (BRC). Kenapa eh?


TAHAN LASAK

Rasa kain ini tidaklah sehalus kain lain tetapi ianya lebih 'durable' atau tahan lasak berbanding jenis kain lain. Sesuai dijadikan kemeja kasual, pejabat dan kurta yang dipakai harian


MUDAH DIBASUH

Kain 'Oxford Cotton' juga lebih mudah dibasuh dan dikeringkan tanpa rasa risau kain mudah rosak atau mengecut. Kalau ada mengecut pun sedikit sangat berbanding jenis kain-kain lain diluar sana.


SERAP PELUH

'Oxford Cotton' ini serap peluh dan sangat selesa dipakai untuk cuaca seperti Malaysia. Bak kata pelanggan kami, 'Sejuk ketika cuaca panas. Nyaman ketika cuaca sejuk'. Aha!!! Abam seorang yang kuat berpeluh? Tak perlu risau, pilih sahaja pakaian-pakaian bersaiz besar kami yang rata-ratanya diperbuat daripada fabrik 'Oxford Cotton'. 

 

LAGI LAMA PAKAI, LAGI BEST FEEL BRO!

Kain 'Oxford Cotton' yang berkualiti tinggi akan rasa lebih lembut dan lagi sedap dipakai bila lagi berusia kain itu! Kan itu lebih baik. Lagi berusia satu kemeja atau kurta itu, lagi sedap ianya dipakai. 


Oleh itu, tidak hairanlah kalau kebanyakkan pakaian bersaiz besar Bob Rock Clothing seperti kemeja kasual, kurta, kemeja kerja untuk lelaki diperbuat dari kain 'Oxford Cotton' ini. Ini adalah kerana kami di Bob Rock Clothing sangat mementingkan keselesaan & kepuasan pelanggan kami. 

Menang membeli, puas memakai! Betul tak?


Tak percaya? Apa kata abam & sis try satu hari ini.

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Reasons Why You Should Choose Bob Rock✨🤩

Reasons Why You Should Choose Bob Rock✨🤩

◾ MALAYSIAN MADE 🇲🇾BOB ROCK adalah jenama pakaian PLUS SIZE @ SAIZ BESAR buatan anak Malaysia. Syarikat 💯 bumiputra. Jom kita sama-sama sokong produk tempatan 💪🏻◾PERFECT FIT’ FOR MALAYSIAN BODY✂📐Ti...

Read more
Bob Rock Sedia Baju Melayu Saiz Besar
Media

Bob Rock Sedia Baju Melayu Saiz Besar

SHAH ALAM - Setiap kali menjelang Aidilfitri, individu bertubuh besar sering menghadapi masalah untuk mendapatkan baju raya pasang siap. Namun dengan adanya baju Melayu siap jenama Bob Rock, masal...

Read more