Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Tip-tip Berpakaian Untuk Mereka Yang Rendah & Berbadan Besar

Tip-tip Berpakaian Untuk Mereka Yang Rendah & Berbadan Besar
Fashion Tips

Tip-tip Berpakaian Untuk Mereka Yang Rendah & Berbadan Besar

Tip #1 - Elak Jalur Melintang...Yang Tebal

Secara umumnya, semua orang tahu bahawa corak jalur melintang boleh membuat seseorang itu nampak lebih lebar dan rendah. Corak jalur melintang seharusnya dielakkan dalam pemilihan corak pakaian melainkan anda faham dalam memilih corak jalur melintang yang betul dan sesuai dengan tubuh badan anda

 

Jika anda hendak juga memakai kemeja berjalur melintang,elakkan memilih corak jalur melintang yang tebal. Pilih jalur melintang yang nipis. Kedudukan corak jalur pada kemeja atau polo juga penting. Jangan salah pilih. Nampak lebih besar daripada biasa nanti. 

Kemeja bercorak jalur tegak, kotak kecil atau berwarna solid adalah lebih sesuai untuk mereka yang berbadan besar dan rendah.

Tip #2 - Jangan Terlalu 'Skinny' !

Fesyen pakaian 'Skinny' datang dan pergi. Namun kami merasakan anda yang berbadan besar dan rendah sewajarnya mengelak diri untuk mengenakan pakaian-pakaian yang terlalu sendat dan ketat pada badan seperti 'Seluar 'Skinny'. 

Ini adalah kerana pakaian-pakaian seperti itu akan menyerlahkan lagi bahagian-bahagian tubuh badan kita (yang sepatutnya disorok) dan tidaklah selesa mana pun pakaian itu. Betul tak?

Sebaliknya pilihlah seluar dengan potongan yang lebih selesa seperti 'Slim' atau 'Slim Straight'. 

Tip #3 - Skalakan Aksesori Anda

Anda mempunyai pergelangan yang besar dan lebar? Pakai jam yang lebih besar. 

Anda mempunyai leher yang tebal dan bidang yang besar? Pakai tali leher yang lebar dengan simpulan tali leher yang besar.

Pastikan aksesori kita selari dengan saiz badan kita. Barulah bergaya! 

Tip #4 - Masukkan Ke Dalam & Lipat

Baju terlalu labuh? Tak sempat nak 'alter' dan pendekkan labuh kemeja? TUCK IN! Masukkan kemeja itu ke dalam seluar! Ikat dengan tali pinggang.

Sama sekiranya lengan kemeja terlebih panjang, ROLL IT atau lipatkan lengan tersebut ke paras yang anda selesa! Barulah kemas.

Ini adalah kerana kemeja yang terlebih labuh, lengan yang terlebih panjang jika tidak dimasukkan ke dalam seluar dan dilipatkan akan menampakkan seseorang itu lebih rendah dan berisi dari biasa.

Sekian sahaja 4 tips berpakaian bagi mereka yang berbadan besar dan rendah daripada kami di Bob Rock LoveLily

Semoga bermanfaat! 

Tags: plus size, big size, saiz besar

 

 

 

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Kurta Saiz Besar Sepanjang Zaman
Fashion Tips

Kurta Saiz Besar Sepanjang Zaman

Kurta Adam ~ Kurta Saiz Besar Sepanjang Zaman Bob Rock   'Selesa di pakai di hari yang panas, nyaman ketika hari yang sejuk' - Farhan, Shah Alam - 'Selesa. Sesuai untuk orang berbadan besar seperti...

Read more
Bob Rock | Butik Pakaian Plus Size Menawarkan Pelbagai Fesyen Terkini dan Menarik

Bob Rock | Butik Pakaian Plus Size Menawarkan Pelbagai Fesyen Terkini dan Menarik

Bob Rock | Butik Pakaian Plus Size Menawarkan Pelbagai Fesyen Terkini dan Menarik Bob Rock | Butik Pakaian Plus Size Menawarkan Pelbagai Fesyen Terkini dan Menarik - Nama Bob Rock ag...

Read more