Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Plaza Shah Alam, Bob Rock Clothing bantu penghuni Rumah Al Firdaus

Plaza Shah Alam, Bob Rock Clothing bantu penghuni Rumah Al Firdaus
CSR

Plaza Shah Alam, Bob Rock Clothing bantu penghuni Rumah Al Firdaus

SHAH ALAM – Bulan Ramadan menjadi rebutan dan peluang untuk pelbagai pihak melipatgandakan pahala menerusi penganjuran program ibadah.

Ramadan juga bulan mulia untuk pihak berkenaan menganjurkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.

Bagi Bob Rock Clothing (BRC), premis pakaian saiz besar untuk lelaki dan wanita bersama kompleks beli belah Plaza Shah Alam di sini, turut mengambil kesempatan mengimarahkan bulan mulia ini.

Kali ini, usaha sama kedua pihak ini menganjurkan majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan berbuka puasa bersama anak yatim dan asnaf Rumah Amal Al-Firdaus, Denai Alam.

Majlis yang ceria dengan telatah dan gelagat 45 anak-anak yatim berusia dari satu hingga enam tahun itu berlangsung di Anjung Lebaran Plaza Shah Alam di sini, malam tadi.

Menurut Pegawai Pembangunan Perniagaan BRC, Syafiq Azizan, program itu bermula dengan majlis penyerahan bahan keperluan di sebelah petang yang terbuka kepada orang ramai untuk menyumbang.

Katanya, sumbangan itu adalah untuk keperluan anak yatim dan asnaf Rumah Jagaan Amal Al-Firdaus.

“Program malam tadi diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan diakhiri dengan majlis penyampaian duit raya kepada 45 anak-anak dari Rumah Jagaan Amal Al-Firdaus.

“Program seumpama ini merupakan aktiviti rutin BRC setiap kali tibanya bulan Ramadan dan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Turut hadir, Pengurus Rumah Amal Al-Firdaus, Nurul Azizah Mohd Nasir.

Beliau mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan (NGO) agar lebih banyak lagi golongan yang memerlukan dapat diraikan sempena Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program CSR Bob Rock, boleh layari laman sesawang https://www.bobrock.com.my/csr@brc

Antara barangan diperlukan untuk kegunaan anak yatim ini ialah  bantuan kewangan, lampin pakai buang (saiz S-XL), pakaian harian (untuk umur 2 tahun hingga enam tahun), berus gigi dan ubat gigi.

Sumbangan juga diperlukan seperti sabun mandi, sabun basuh baju, syampu kanak-kanak, tuala, ubat-ubatan seperti krim ekzema, tikar dan pelapik lembut berlipat.

Selain itu, keperluan makanan harian seperti beras, susu, gula, minyak dan lain-lain juga diperlukan.

Sebarang pertanyaan mengenai kebajikan anak yatim itu boleh berhubung dengan Deen di talian 016-9858197 dan Zuraida 012-3274967. – MalaysiaGazette

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Bob Rock Clothing Bantu Perkasakan Komuniti Sukan Sepak Takraw.
CSR

Bob Rock Clothing Bantu Perkasakan Komuniti Sukan Sepak Takraw.

Sukan merupakan salah satu cara untuk menyalurkan tenaga anak muda Malaysia ke arah lebih positif dan produktif. Anak muda yang aktif dan positif akan melahirkan komuniti yang manpan dan progresif....

Read more
Plaza Shah Alam x BOBROCK Clothing bersama meraikan Rumah Kebajikan Al Firdaus
CSR

Plaza Shah Alam x BOBROCK Clothing bersama meraikan Rumah Kebajikan Al Firdaus

Setiap tahun BOBROCK Clothing tidak akan melepaskan peluang untuk melipatgandakan pahala menerusi penganjuran program ibadah. Dengan usaha sama kedua pihak, majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri da...

Read more