Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Bob Rock Raikan Rumah Orang Tua Sungai Way Sempena CNY 2023

Bob Rock Raikan Rumah Orang Tua Sungai Way Sempena CNY 2023
CSR

Bob Rock Raikan Rumah Orang Tua Sungai Way Sempena CNY 2023

Bob Rock Clothing tampil dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menggunakan pendekatan berbeza dari kelaziman apabila meyantuni penghuni Rumah Orang-Orang Tua Seri Setia, Sungai Way.

Biarpun pemiliknya beragama Islam, ia tidak menjadi halangan untuk berbakti kepada warga emas berketurunan Cina sesuai dengan sambutan Tahun Baharu Cina, minggu hadapan.

Program berkenaan mencipta kelainan kerana penganjur yang beragama Islam tampil membantu penghuni di situ biarpun berlainan agama.

“Idea untuk tampil dengan program ini adalah semata-mata kerana kemanusiaan.

“Perbezaan agama bukan halangan kerana kita perlu sentiasa bantu membantu sesama kita. Dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum, program sebegini diharapkan dapat menjadi titik permulaan untuk inisiatif CSR untuk membantu golongan yang memerlukan di masa yang akan datang,” kata Pegawai Pembangunan Perniagaan Bob Rock Clothing, Syafiq Azizan. Program berkenaan yang diadakan buat kali pertama akan diteruskan pada tahun akan datang bagi membantu lebih ramai golongan terkesan.

“Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan agar lebih banyak lagi yang dapat disantuni dan berkongsi kegembiraan dalam kehidupan,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program CSR Bob Rock, boleh layari laman sesawang https://www.bobrock.com.my/csr@brc

Berita seperti dilaporkan di Kosmo! pada Selasa, 17 Januari 2023.

Berita seperti dilaporkan di Utusan Malaysia pada Jumaat, 20 Januari 2023.

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Bob Rock Clothing Bantu Perkasakan Komuniti Sukan Sepak Takraw.
CSR

Bob Rock Clothing Bantu Perkasakan Komuniti Sukan Sepak Takraw.

Sukan merupakan salah satu cara untuk menyalurkan tenaga anak muda Malaysia ke arah lebih positif dan produktif. Anak muda yang aktif dan positif akan melahirkan komuniti yang manpan dan progresif....

Read more